Plot

The Right Thing to Do : Plot

The play is a simple one with only one scene enacted in an open street. The play is patterned on the story of the Good Samaritan. It is superimposed with the mystery of the identity of the woman in blue. The audience is made to examine its conscience by evaluating the behaviour and actions of the protagonists. A man is lying on the street. First a woman, Rebecca walks past him and stops. She hesitates to help, walks off and goes back to the man again. Then another man, Patrick walks past and stops to look at the man. They argue over who should help the man first. Then, David walks past and asks about the man. All three of them argue over who should help him. They are reluctant to help as it is not their problem. A woman in blue comes and barks orders at the three of them to help. She tells David to call an ambulance. Next, she asks Rebecca to get some water from a nearby house. Then she tells Patrick to feel the man’s pulse. The man stirs and says ‘pills’. Patrick finds a bottle of pills in the man’s pocket. Rebecca comes back with water. The woman in blue tells Patrick to give the man his pills with water. The man finally wakes up and thanks Patrick for his help. Then, the woman in blue quietly goes away while David tells the rest the ambulance is on the way. The man identifies himself as a famous TV chef and thanks all of them for helping him. The three of them claim to have rescued the man. They speak ill of the woman in blue for not helping out. They feel they have helped the man and were there for him. They praise themselves for doing the right thing.

Setting

The Right Thing to Do : Setting

The play is set in modern times possibly in the 1960s to 1980s. There is no mention of handphones or computers. The urban setting of the play includes mention of cars and ambulances. The character names also suggest an English-speaking environment.

Synopsis

Novel Dear Mr Kilmer : Synopsis

The story is about Richard Knight, a farm boy who is passionate about writing poems. He cannot relate well with his brother who appears very interested in hunting animals and sports. He finds himself unable to kill animals as he finds them beautiful. His father understands his pain but tells him that death is a part of life. In school Richard gets a chance to listen to a poem by Joyce Kilmer and is impressed by the thoughts expressed in it. With the support of his teacher, he begins a correspondence with Kilmer and also mentions that he writes poems. This starts a beautiful relationship between Kilmer and Richard.

Kilmer joins the army to fight the enemy. Richard worries about the war as it affects the way people treat foreigners in his own town. A student, Hannah, is shunned by the classmates because of her German background. Richard stands up to support her and is ostracised too. Richard and Hannah become good friends. Some of the townspeople also rally around when they realise that Hannah’s family is patriotic to the country they live in.

Kilmer gets killed in the war. It is most heartbreaking for Richard who is shattered by the news. He writes a beautiful poem about the pain of losing a friend and it appears in the local paper. Richard is most pleasantly surprised and comforted when his father tells him that the poem expresses well the pain he felt when he lost his brother in another war. There is mutual understanding as father and son talk over things that had not been mentioned before. The war too comes to an end and Richard hopes that anti-German sentiments would also fade.

Richard is sensitive and gentle; someone who wishes that society will treat everyone in a just and humane manner. Reality, unfortunately is a different matter.

Moral Values

Novel Dear Mr Kilmer : Moral Values

  • Respect and love for family members

– Richard and Gus are different in nature but the father loves them. They try to earn his respect by doing what he wants them to do. But the father understands that each son is different.

– Roland and his brother are different in personality too but Knight loves his brother and still feels the pain of losing his brother in a war. Richard shows his love for his sister by helping her.

– The Schermers love each other. They worry that Otto is in the army and may get killed.

  • Respect human beings

Everyone should be respected despite racial or religious differences. Vandalising property, judging people by the language they speak or their cultural habits is unfair and ignorant.

  • Compassion

– Richard displays compassion for the underdog and the victims of prejudice. He reaches out to Hannah because she is treated badly by their classmates and also the town. He refuses to be part of the meanness that makes Hannah decline the position of Lady Liberty.

– He is kind to his sister as he feels that she looks tired and needs help.

– Mrs. Hansen shows compassion for Hannah and what she goes through in life.

– Hannah believes that hatred and prejudices have no place in this world. She believes that people must care for people without thinking of race, religion or nationality. Compassion plays a big part in making people become better and more caring people.

  • Patriotism

Kilmer joins the army to show his love for his country. Otto enlists even though he is of German origin out of loyalty to the land he lives in. Gus too joins the army because he thinks it is his duty to fight for the country. Roland who had joined earlier had been killed in the war against the Spanish. Suffering and death are natural results of any war.

Novel  : Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat

Novel Destinasi Impian : Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat

Latar

Latar Tempat

(a)   Tanah terbiar, iaitu tempat Azlina merakam gambar bunga lalang.

(b)   Sekolah Menengah Kapar.

(c)   Kampung Bukit Kapar.

(d)   Meru.

(e)   Klang.

(f)    Jambatan Musaedin.

(g)   Pekan Banting.

(h)   Pantai Morib Baru.

(i)    Hospital.

.

Latar Masa

(a)   Waktu pagi.

(b)   Waktu petang.

(c)   Waktu malam.

(d)   Hari Sabtu.

(e)   Bulan Jun.

.

Latar Masyarakat

(a)   Masyarakat yang sabar.

(b)   Masyarakat yang lasak dan aktif.

(c)   Masyarakat lelaki yang berperwatakan perempuan.

(d)   Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

(e)   Masyarakat yang tidak mengenang budi.

(f)    Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

(g)   Masyarakat yang taat pada perintah agama.

Novel : Plot – Teknik Plot

Novel Destinasi Impian : Plot – Teknik Plot

(a)   Pemerian. Contohnya, Johari memerihalkan keadaan Firdaus yang kelihatan begitu letih manakala Azlina pula sedang asyik merakam gambar bunga lalang di tanah terbiar.

(b)   Dialog. Contohnya, dialog antara Johari dengan Firdaus yang bertanyakan jarak ke Pantai Morib Baru.

(c)   Monolog. Contohnya, Azlina bermonolog tentang perwatakan abangnya, Firdaus yang tampan tetapi tingkah lakunya agak keperempuanan.

(d)   Imbas kembali. Contohnya, Firdaus teringat akan kawannya yang bernama Salim yang merupakan kawan rapatnya di sekolah.

(e)   Imbas muka. Contohnya, Firdaus berfikir sekiranya dia balik pada petang itu, maka bolehlah dia ke majlis hari lahir Mazlinda yang akan diadakan pada keesokan hari.

(f)    Saspens. Contohnya, Johari segera menerpa ke arah Firdaus yang sedang membongkok mengambil seketul batu untuk menghalangnya daripada membaling adiknya, Azlina dengan batu tersebut.

Novel  : Sinopsis Bab 7, 8, 9

Novel Destinasi Impian : Sinopsis Bab 7, 8, 9

Bab 7: Firdaus Tidak Diduga

−   Firdaus mengimbau kembali tindakannya terhadap Johari dan Azlina.

−   Firdaus beranggapan bahawa Johari sepatutnya menerima usikan, sindiran atau cabaran Azlina itu sebagai perkara yang menyakitkan hatinya.

−   Firdaus tahu bahawa Pantai Morib semakin hampir tetapi apabila dia memikirkan tutur kata dan tindakan adiknya serta sepupunya, kegembiraan itu tidak terasa di hatinya.

−   Firdaus tertanya sendiri sama ada dia masih mampu bersama-sama dengan Azlina dan Johari, namun sekiranya perasaan sakit hatinya tidak hilang, dia akan meninggalkan Azlina dan Johari.

−   Firdaus berpendapat jika dia balik pada petang itu dengan menaiki bas, dia tidak peduli akan sindiran datuknya, malah dia akan dapat bersama-sama dalam kemeriahan sambutan hari lahir Mazlinda.

−   Firdaus bangga kerana dia berjaya mengayuh basikal sejauh 50 kilometer.

−   Firdaus berbangga kerana dapat membuktikan kepada Moksin, Sazali, dan beberapa orang temannya bahawa dia telah sampai ke Morib tanpa menaiki bas, kereta, atau ambulans.

−   Firdaus teringat akan kata-kata Johari yang memberitahunya arah ke Pantai Morib Baru.

−   Setelah membelok ke sebelah kanan, Firdaus tiba ke Pantai Morib Baru dan dia berbangga akan kejayaannya.

−   Firdaus terkejut apabila kawan-kawannya menyambut ketibaannya di Pantai Morib Baru itu.

−   Firdaus menerima ucapan tahniah daripada kawan-kawannya, terutama ucapan daripada Mazlinda, gadis idamannya.

−   Firdaus terasa seluruh penatnya telah hilang.

.

Bab 8: Johari Kuinjaki Destinasi Ini

−   Azlina memberitahu Johari bahawa Firdaus tidak mempedulikan mereka.

−   Johari memang sengaja mengajak Azlina berhenti di bawah teduhan pokok ru untuk melihat Firdaus disambut oleh rakan-rakannya.

−   Selepas Firdaus beredar, Johari memberitahu Azlina bahawa mereka juga akan disambut oleh rakan-rakannya.

−   Johari dan Azlina menyertai rakan-rakan Johari.

−   Azlina berkenalan dengan rakan-rakan Johari serta Kasmadiana, iaitu adik Kasman.

−   Johari dan Azlina pergi berjumpa dengan Firdaus.

−   Johari mengucapkan tahniah kepada Firdaus sambil bertanyakan sama ada Firdaus ingin ikut serta rakan-rakannya atau mengikuti dia.

−   Firdaus menyatakan bahawa dia ingin bersama-sama dengan rakan-rakannya.

−   Azlina berasa marah akan sikap abangnya itu yang melupakan dia dan Johari yang bersusah payah menunggunya semasa berbasikal.

−   Azlina memberitahu Johari bahawa Firdaus mungkin berdendam.

−   Johari terdiam, namun kemudian dia berpendapat bahawa Firdaus tidak berdendam tetapi dia begitu seronok kerana kawan-kawannya menantinya sehingga terlupa akan dia dan Azlina.

−   Johari dan Azlina balik ke khemah mereka semula dan bergembira dengan rakan-rakannya yang sudah menanti dengan air dan makanan.

.

Bab 9: Azlina Senja Di Pantai

−   Kasmadiana memuji Azlina atas kejayaan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer.

−   Azlina menyatakan bahawa dia hanya mengikuti abang Johari.

−   Kasmadiana memberitahu Azlina bahawa abangnya, Kasman juga suka berbasikal.

−  Azlina pula menyatakan bahawa dia, Johari, dan Kasman merancang untuk mengelilingi Malaysia dengan berbasikal sambil bertanya Kasmadiana sama ada abangnya, Kasman ada mengajaknya atau tidak.

−  Kasmadiana menyatakan bahawa abangnya ada mengajak tapi dia malu.

−  Kasmadiana turut menyatakan bahawa abangnya, Kasman dan Tamrin berbasikal ke Bagan Lalang dan bermula di situ, mereka berdua bercerita tentang kisah empat orang mati lemas.

−  Selepas itu, Azlina dan Kasmadiana bercerita tentang lokasi dan perbezaan antara Pantai Morib Baru dengan Pantai Morib Lama.

−  Tiba-tiba, Moksin dan Sazali datang dan mengucapkan tahniah sambil berkenal-kenalan dengan Kasmadiana.

−  Moksin dan Sazali memberitahu hajat mereka, iaitu mereka mahu tahu akan kebenaran tentang kelewatan ekspedisi berbasikal itu yang disebabkan oleh Azlina yang banyak berehat.

−  Azlina memberitahu mereka bahawa Firdaus telah menemberangkan mereka.

−  Peristiwa Firdaus berbohong diceritakan kepada Johari dan tindakan Azlina itu dipersetujui kerana berbohong itu tidak baik.

−  Azlina mendengar Tamrin melaungkan azan maghrib.

Novel  : Sinopsis Bab 4, 5, 6

Novel Destinasi Impian : Sinopsis Bab 4, 5, 6

Bab 4: Johari Antara Mereka Berdua

−   Johari tahu bahawa Firdaus keletihan.

−   Johari teringat akan kata-kata Firdaus bahawa perjalanan ini dinamakan perjalanan gila.

−   Johari tidak berhasrat untuk mendera sepupunya itu tetapi sekadar untuk mengajar mereka betapa nikmatnya hidup apabila mampu memenuhi cabaran.

−   Johari berharap agar perjalanan ini menjadikan Azlina dan Firdaus sebagai remaja yang lasak, pandai berdikari, dan berani sebagai bekalan untuk meredah rimba kehidupan.

−   Perjalanan berbasikal diteruskan sehingga pukul 2:30 petang dan peluh menitik sepanjang jalan, namun Johari sedar bahawa peluh itu sering dikaitkan dengan pekerjaan dan pekerjaan dikaitkan dengan penat.

−   Johari berharap agar sepupu-sepupunya itu akan mengenali makna penat dan mengerti pula penat lelah ibu bapa mereka membesarkan mereka.

−   Johari berharap agar sepupu-sepupunya itu juga tidak terlalu banyak meminta tetapi menyuburkan sikap berdikari dalam jiwa.

−   Johari turut berharap agar sepupu-sepupunya itu memahami makna penat para pejuang tanah air lalu mereka berusaha untuk menghargai dan mengisi kemerdekaan ini dengan sebaik-baiknya.

−   Johari melihat perjalanan berbasikal ini tidak jauh berbeza dengan kehidupan manusia dan diharapkan dia, Azlina, dan Firdaus tidak dapat menipu apa-apa yang ada di hadapan tetapi menempuhinya dengan tabah dan berani.

−   Dalam berbasikal itu, Johari dapat melihat perbezaan antara Azlina dengan Firdaus, iaitu Firdaus lebih memikirkan penat tetapi Azlina suka mengkritik dan tidak melenting apabila dikritik.

−   Azlina lebih peka dan bersikap kritis terhadap apa-apa sahaja yang dilihatnya.

−   Johari, Azlina, dan Firdaus berehat di pekan Banting.

−   Johari menyatakan bahawa mereka telah kalah kepada datuk mereka kerana datuk mereka berbasikal ke Morib balik hari tetapi mereka mula berbasikal sejak pukul 7:00 lagi hingga sudah pukul 3:00 petang, namun masih belum sampai.

−   Azlina menyatakan bahawa mereka banyak berehat dan kata-kata itu adalah luahan tidak puas hati Azlina terhadap sikap abangnya yang banyak berehat.

−   Firdaus pula menyatakan bahawa dia terlalu penat tetapi Azlina menyatakan bahawa semua orang penat tetapi jika ada semangat, rasa penat akan hilang.

−   Johari menegur sepupu-sepupunya yang bertengkar dan mengajak meraka memulakan perjalanan mereka yang tinggal 15 kilometer sahaja lagi.

−   Johari menunjukkan rumah jaguh badminton negara apabila sampai di seberang rumah jaguh tersebut tetapi Firdaus tidak berminat dengan perkara itu.

−   Azlina bertengkar dengan Firdaus dan mengatakan bahawa abangnya itu lebih berminat dengan cerita bintang filem dan penyanyi yang banyak terdiri daripada lelaki lembut.

−   Firdaus mengatakan bahawa penyanyi juga penting sama seperti ahli sukan kerana ada penyanyi menyanyikan lagu patriotik.

−   Azlina mengatakan bahawa lagu patriotik tidak diminati tetapi lagu yang bertemakan cinta, putus asa, dan merana yang dipuja-puja oleh Firdaus.

−  Johari mengangkat ibu jari apabila melihat Azlina dapat mematahkan hujah abangnya sehingga abangnya mengalah.

−  Perjalanan mereka diteruskan lagi.

.

Bab 5: Firdaus Kesal Belum Bernoktah

−  Firdaus benar-benar marah akan sikap adiknya, Azlina.

−  Firdaus tersinggung dengan pendapat Azlina yang mengatakan bahawa penyanyi yang menyanyikan lagu cinta tidak berguna.

−  Firdaus berpendapat bahawa manusia di muka bumi ini perlu dicintai dan mencintai.

−  Firdaus bermonolog adakah dia bersalah untuk mencari ketenangan dengan mendengar lagu cinta seperti Azlina yang mencari ketenangan dengan cara berjoging.

−  Dalam pada itu, Firdaus telah meninggalkan Azlina dan Johari jauh di belakang.

−  Tiba-tiba Firdaus mengesyaki Azlina dan Johari bercinta, namun dia tidak mahu mempedulikan perkara itu kerana bukan tiada sepupu bercinta dengan sepupu, malah cinta itu buta.

−  Firdaus terbayang pula akan wajah rakannya, Salim yang baik dengannya dan telah mengajaknya menonton wayang tetapi pelawaan itu terpaksa ditolak kerana dia menyertai ekspedisi berbasikal ini.

−  Firdaus amat menyesal apabila menolak pelawaan Salim kerana ketika dia bermandi peluh, rakan-rakannya pula berseronok menonton wayang.

−  Kekesalan Firdaus bertambah-tambah lagi apabila mengingati hari esok merupakan majlis sambutan hari lahir Mazlinda, iaitu gadis pujaan hatinya.

−  Dia membayangkan Mazlinda yang jelita itu bertambah jelita dengan pakaian baharu dan istimewa sambil melayan tetamu dengan mesra.

−  Azlina memintas Firdaus sambil memberitahunya bahawa Morib makin dekat dan mengajak Firdaus berlumba tetapi Firdaus tidak memberikan reaksi.

−  Azlina menyindir Firdaus menyebabkan Firdaus marah.

−  Tiba-tiba datang sebuah lori besar yang bergerak sangat laju dan angin lori itu menyebabkan Firdaus dan Azlina terbabas ke kiri jalan.

−  Azlina yang terbabas itu jatuh lalu terlanggar sebuah lubang yang agak besar dan dalam.

−  Johari segera mendapatkan Azlina tetapi Firdaus mengatakan bahawa kemalangan Azlina adalah balasan terhadap perbuatan Azlina yang suka memperlinya.

−  Johari memberitahu Firdaus bahawa dia berdendam, tetapi Firdaus menyatakan bahawa dia juga tahu sakit hati.

−  Johari menyatakan bahawa Azlina memperlinya supaya dia menjadi lelaki yang berani menyahut cabaran.

−  Johari mengingatkan Firdaus bahawa persaingan yang disertai dendam kesumat bukan persaingan kerana itu persaingan yang merugikan.

−  Firdaus mengatakan bahawa Johari selalu memenangkan Azlina dan Johari membalas dengan mengatakan bahawa selama ini Firdaus menganggap dia pilih kasih.

−  Firdaus diam sahaja dan meneruskan perjalanan.

.

Bab 6: Johari Api Itu Mesti Dipadamkan

−  Johari memberitahu Azlina bahawa Firdaus betul-betul marah terhadapnya tetapi Azlina memberitahu Johari agar tidak risau.

−  Azlina menyatakan bahawa Firdaus memang begitu, iaitu cepat marah apabila penat.

−  Johari dan Azlina berbual tentang luka Azlina yang seolah-olah tiada kesan.

−  Johari bimbang apabila mengenangkan dendam Firdaus terhadap Azlina.

−  Johari memberitahu Firdaus bahawa jauhnya Morib tidak sampai dua kilometer lagi tetapi seperti tidak diendahkan lalu Johari berpendapat bahawa Firdaus juga mendendaminya.

−  Johari memberitahu Firdaus bahawa mereka akan ke Pantai Morib Baru sambil memberitahu Firdaus agar membelok ke kanan apabila sampai di selekoh.

−  Ternyata Firdaus marah kepada Johari dan dengan itu, Johari hanya mengekori Firdaus supaya Firdaus tidak sesat.

−   Johari teringat akan kata-kata Azlina bahawa Firdaus cepat marah apabila penat dan berpendapat apabila sampai di pantai Morib, penat Firdaus akan hilang setelah dia mandi-manda.

−   Johari berkata dalam hatinya bahawa dia mesti memadamkan api dendam Firdaus itu tetapi Johari tertanya sendiri sama ada Firdaus faham atau tidak akan kata-katanya itu nanti.

Drama

Soalan Peperiksaaan :

Baca petikan drama dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PENDAKWA RAYA : Yang arif, adapun “beruk” itu menurut kamus The Advance Dictionary of the Moderm English for the Malaysian World, terbitan Syarikat Cetak Rompak Sendirian Berhad … adapun istilah “beruk” itu dapatlah diperincikan sebagai … is a kind of animal which have a short tail, and the body is full with “bulus”, and like to eat bananas, and many people call … monkey.
Adapun makna “subsidi” itu menurut kamus yang sama, muka surat 300, perenggan dua, baris lima dari bawah, dapatlah diperincikan sebagai makna … is a subsidy … that’s all, ya tuan hakim.

HAKIM : Well done … well done … Apakah kamu sudah faham wahai Akinomoto?

TERTUDUH II : Akakuku makakiki toko fakahaka daka hakaraka pendakaka kawoko gukunoko bakaha kasaka makaleke sikiyaka.

PENTERJEMAH : Adapun katanya bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pihak pendakwa menggunakan bahasa Melayu.

HAKIM : Ya, ya, ya … saya juga sudah lupa. Kita sudah merdeka selama 30 tahun seharusnya kita menggunakan bahasa Melayu … bahasa kebangsaan kita di dalam mahkamah yang mulia ini.

(Dipetik daripada drama Mahkamah, antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn Bhd)

(i) Berdasarkan drama Mahkamah, nyatakan tema yang dikemukakan oleh pengarang. [3markah]

(ii) Berdasarkan petikan drama, apakah tujuan pengarang menggunakan unsur sinis dalam pembicaraan kes kedua? [3 markah]

(iii) Setiap murid disarankan agar mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu? [4 markah]

Skema Jawapan :

i) Tema yang dikemukakan oleh pengarang [ 3 markah ]

– Keadilan dan kebenaran ketika membuat sesuatu keputusan
– Keadilan dan kebenaran yang mesti ditegakkan dengan apa-apa cara sekalipun
– Keadilan dan kebenaran tanpa mengira bangsa, warna kulit,pangkat, kedudukan dan sebagainya
*Isi cukup : 2 daripada isi di atas

ii) Tujuan pengarang menggunakan unsur sinis ialah
[ 3markah ]

– Menyedarkan sesetengah pihak yang mengabaikan kedaulatan bahasa kebangsaan
– Menyedarkan masyarakat bahawa Negara kita telah lama merdeka dan kita seharusnya mendaulatkan bahasa kita sendiri
– Menggunakan Bahasa Melayu dalam perkara rasmi
*Isi cukup : 2 daripada isi di atas

iii) Langkah-langkah memartabatkan Bahasa Melayu ialah
[ 4 markah ]

– Mewartakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
– Mewajibkan pelajar lulus Bahasa Melayu dalam SPM sebagai syarat mendapat sijil.
– Penggunaan Bahasa Melayu di jabatan-jabatan kerajaan semasa majlis-majlis rasmi.
*Isi cukup : 2 daripada isi di atas atau isi-isi lain yang relevan